Friday, December 28

mcm dulu-dulu

kerinduan aku terhadap hamba ALLAH ni bukan kepalang. rindu teramat sangat. entah kenapa, asyik teringat. sayangnya bukan kepalang. heharap ka di sana sihat saja. sentiasa di bawah naunganNYA. amin.

p/s: aku mahu macam dolu-dolu. malam-malam merempit, carik makan. buat kerja gila. sekarang, masing masing meneruskan hidup dengan family. hurm. i wish i could turn the clock in reverse to get back in that time. i wish. huhu.

Tuesday, November 27

one moment please.


caption: we're only human. we make mistakes. ooh. silap2. aku make mistakes. 
nevermind. takyah nk judge aku lebih-lebih. 

pernah tak satu tahap dalam life ini korang rasa perlu makeover sepenuhnya. sepenuhnya makeover sampaikan nak tunggang terbalik umah dibuatnya. itu yang berlaku bila kerja duduk umah tanam anggur jep. 


Tuesday, October 30

biasa saja.

di saat hati penuh duka nestapa.
Dia datangkan mereka yang sentiasa bersama.
entah kenapa, sejak dua menjak ni asyik tak semena semua benda.
ada je yang tak kena.
entah kenapa, mahu diceritakan tapi tak tahu apa kebenda.

baru-baru ini, ada berita yang menyesakkan dada. tapi pada mulanya aku buat macam biasa. tapi.
entah kenapa. rasa menyampah. semua ada.
hati ini terlalu kotor agaknya.
penuh dengan semua perkara dunia.
sedangkan akhirat, apa pon tak ada.

kejar dunia sangat, sampai TUHAN pon lupa.
memang semua ini peringatan dari DIA.
tak mahu kita terus lena.
jadi, DIA datangkan kesusahan itu untuk buat kita terjaga.
terjaga dan terus kembali padaNYA.

aku mohon padaMU. jika hati aku sekarang sudah terlalu tepu dengan dosa.
aku memohon padaMU. memohon dengan sangat supaya diberikan hati yang baru.
hati yang suci dari segala syak wasangka dan perkara dusta.
dan dari segala perkara dunia yang membawa duka.
aku memohon dengan sangat YA ALLAH.

p/s: aku berdoa supaya mereka bahagia. semua yang aku sayangi bahagia. aku memohon padaMU.
di saat ini, aku amat memerlukanMU.

Tuesday, August 7

rezeki ramadhan


Assalamualikum..
Alhamdulillah. semuanya sudah selesai disaat jari ini mula menaip. Apekan tidaknya, pentauliahan dah 3 minggu berlalu. Exam sudah lama selesai dan tahun akhir berjaya juga dihabiskan. Tinggal nak berkonvokesyen sahaja pada September ini. Sebenarnya, hati rasa musnah sebab pointer tersangatlah tak  best semester lepas. Mana tak nya, memang dahsyat semester lepas sampaikan awal-awal lagi dah rasa hancur.
Namun, aku mencuba untuk berjaya. Tapi usaha aku itu tidak cukup untuk membolehkan aku mendapatkan yang aku mahu. Tapi takpe. Positif, rezeki ALLAH ada di mana-mana. Tambahan pula sekarang bulan Ramadhan, lipat gandakan usaha untuk memohon pertolonganNYA. Alhadulullilah, Alhadulillah, Alhamdulillah. Itu saja perkataan yang mampu aku ucapkan. Terima kasih YA ALLAH.
insyaALLAH. Sesudah selesai sahaja pentauliahan julai lalu, aku  terus memulakan langkah. Apply je semua jawatan yang ada. And insyALLAH tahun depan start la pencarian aku untuk memohon menyambung pelajaran ke sarjana. InsyALLAH. Tak uum, ukm. Tu je. Tkpala. Tauke dah bagi green light. So, tunggu nak apply jela. Aku mahu tebus semula kekalahan yang aku hadapi sepanjang 3 tahun sarjana muda. Aku bertekat yang aku mahu buktikan yang aku juga boleh. Boleh berjaya sehingga ke luar negara. Itu janji aku. Abah dan mak, aku akan buat mereka menitiskan air mata gembira. Itu janji aku. Aku tahu, ada yang memandang rendah aku. Tapi aku akur, segala kelemahan itu datang daripada aku. Namun, janji. Aku berjanji yang aku aku buktikan yang mereka itu salah. Yang aku mampu berdiri sendiri. Biarlah merekan yang mahu berkata-kata sinis. Namun, tak mengapa. Aku biarkan mereka.
p/s: sedih dan gembiran di atas kejayaan yang korang capai dan aku sedih kerana perpisahan yang berlaku. Aku doakan kalian terus maju dan berbahagia di bawah rahmatNYA. (salam sayang buat sahabat yang aku rindui setiap masa: martina amira azam, aku doakan kau bahagia di bawah rimbunan rahmatNYA. AMIN.)

Sunday, May 13

aku punya teman

aku punya sahabat.
tingkah lakunya, garang sekali,
bila diganggu, terus menyengat,
tapi,
dengan aku,
dia lembut, mengalahkan aku,
bila dia ada,
aku rasa bahagia,
aku rasa senang,
bila dia tiada,
semangat aku bagai hilang,
buat apa pun tiada rasa.

buat kamu sahabat,
sepatutnya aku bersyukur,
kerana aku ada kamu,
kalaupun orang lain kata kau tidak sempurna,
ceritakan padaku, dan akan aku bermusuh dengannya,
kerana, di mata aku, kau yang paling sempurna,
kau juga pengubat duka,

sahabat,
teruskan berjuang,
kerana kau seorang kesatria,
kau kuat, kau gagah,
namun, bila kau lemah,
aku juga lemah,
oleh itu,
mari kita sama-sama bangkit,
bersama memerangi mereka,
yang tidak tahu apa-apa.

p/s: actually dh lama benda ni tersimpan kat dalam inbox. baru mlm ni rasa nk post.
buat kamu sahabat. aku mohon sejuta kemaafan, aku pohon berjuta keampunan atas segala kesusahan yang aku lakukan. moga kau tidak menyesal punya kawan seperti aku.

Monday, April 2

alone


Ada waktu kita sedih. Sedih itu, sedih ini. Sedih dengan pelbagai perkara. Kematian, kemalangan, kehilangan, cacian dan makian, umpatan orang dan sebagainya.
Ada juga yang sedih dengan rupa parasnya, sedih dengan kejadiannya, sedih mengenangkan nasibnya, sedih dengan cara hidupnya.
Tidak kurang juga yang sedih dengan dirinya yang lemah, keimanannya yang rendah, ibadahnya yang sedikit dan sebagainya.
Ada waktu, memang manusia akan merasakan kesedihan.
suka bersedih terlalu lama, hingga hilang kekuatan jiwanya. Tidak terkecuali juga saya.
sedih dengan kehidupan yang terlalu sunyi. entah, kenapa rasa sangat sunyi dari pelbagai segi. Seperti hidup dalam kampus ini dah hilang serinya, dah hilang kawan-kawan yang selalu jadi teman ketawa.
ukhuwah yang selama ni utuh, rasa terputus di tengah jalan. bertambah sedih bila dah final semester dan last time nak bersama-sama. "Ya Allah, tolonglah! Rapatkan kembali ukhuwah kami yang dah lama terjalin. susah senang, menangis ketawa bersama-sama. kami bagaikan adik beradik dan ukhuwah kami dahulunya kalau dicincang takkan putus. tapi semua itu, macam dah jadi kenangan. tapi aku mahu kami semua kembali bertaut, kami semua kembali ceria dan ukhuwah yang terbina selama ini menjadi semakin kuat dan utuh. tolonglah YA Allah.. aku memohon padamu! aku memohon dengan sangat!"..
sahabat,
aku sayang pada kamu, dengan sepenuh hati. jika jalan yang kita lalui selama ini menjadi kenangan pahit buatmu.. maafkanlah.. biarlah buat kali terakhir pertemuan kita ini kita isi dengan suka dan gelak ketawa. biarlah satu dunia mengutuk kita, mencaci cela, namun kita tetap kuat menghadapinya. 
aku sayang padamu kawan.. sakit atau segala perkara yang menguji kasih sayang kita takkan menjadi penghalang dalam kita bersahabat. aku tidak akan pernah menyesal mengenalimu sahabat. tidak pernah menyesal kerana kamu telah menjadi part of me. the part of me which never be apart. 
                                                                                                                        sincerely
                                                                                                                    -hamaiza san- 


Saturday, March 17

best supporter.

aku selalu bajet yang dalam hidup ni, aku selalu jadi orang yang bole dianggap unextraordinary..
jeles bila tengok hidup orang lain yang bahagia, happy dengan apa yang diorang ada. and kept on thinking that:

why some people have been blessed with all the goodness.. all the good looks, all the love that she get and how popular she is. how she maintain her body figure and most of all, how she able to live in such perfect world.?

but, come to think again. maybe i will be labelled as one of the "hamba yang tak bersyukur" i admit, berdosa sangat.. but sometimes you know. you cannot control thing.

apparently:

i didn't realised that, i actually more lucky than her. maybe some people have been blessed with all those physical thing. but me, HE have blessed me with all the happiness that i get from my family.. and a very good friend. who always there up's and down. insyALLAH be there till the end of my life..

kawan..


friend, soory for all the bad thing that have happened.


semoga ukhuwah kita kekal sampai syurgaNYA.. amin..

actually, pada 21 feb aritu, genaplah minah sorang ni umo 23 tahun. dah tua dah pon, and came to think of it. this is the last sem that we will be together. hope that friendship last forever. amin.


p/s: walaupun kadang-kadang hidup sunyi and sapa yang tak suka kalau ada orang yang always take care of us melainkan dari kasih seorang lelaki.. tapi aku syukur sebab aku dapat cintaNYA dan itu lebih dari segala-galanya. thank you ALLAH.

Sunday, March 4

kehidupan.



Menyedari hakikat betapa kita diuji, kita sedang bersama ALLAH SWT, ini akan menambah kekuatan kita. menyedari betapa kasihnya ALLAH pada kita, itu akan melapangkan jiwa kita. ya, memang payah apabila manusia lain tidak memahami penderitaan kita. lebih pahit sekiranya manusia lain itu pula yang menuntut hak untuk kita memahami mereka. tapi itulah lumrahnya. tetapi ALLAH tidak demikian, DIA paling memahami. DIA paling mengetahui. DIA mendengar semua rintihan. DIA memberikan bantuan.

sudah.
tenanglah jiwa.
damaikan hati.

ALLAH akan membalasi kesabaran ini. ALLAH kan ganjari keperitan jiwa ini. ALLAH akan bayar semua kesusahan yang kita hadapi.

dan apa yang perlu sekarang ialah bersabar dan berusaha mengahadapi serta menyelesaikan apa sahaja masalah yang menghampiri.

“Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan tidak pula Dia membenci” Surah Ad-Dhuha ayat 3.

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”Surah Asy-Syarh ayat 5-6.

Maka damailah hati. Selepas kesukaran kita yang sedang kita hadapi ini, percayalah akan ada kesenangan yang menanti.
Segala yang menyukarkan itu adalah ujian. Segala kesenangan juga adalah ujian. Jangan rasa sempit apabila anda disusahkan sesuatu. Belajarlah untuk berlapang dada. Anda kena yakin bahawa, hidup adalah ujian. Ya, hidup itu sendiri satu ujian. Susah senang, semuanya ujian.
bersangka baik dengan Allah yang mengatur segala-galanya. Tahukah kita bahawa, apa sahaja yang Allah aturkan dalam kehidupan kita, adalah baik untuk kita?
Bagi yang tenang, dalam kepahitan itu ada kemanisan.
Bukanlah tidak boleh langsung mengadu, bukanlah tidak boleh langsung mengeluh, bukanlah tidak boleh langsung menangis hiba. Kita manusia. Itu memang akan berlaku. Kita biasa, ada dosa, pastinya akan rasa lemah dan kadangkala kecewa. Tetapi jika benar kita adalah pendosa yang ingin membersihkan dirinya, maka kita tidak akan lama di dalam kelemahan. Kita akan segera untuk naik, menggapai rahmat Tuhan.
Dosa itu, juga adalah satu ujian.
Tetapi tidakkah kita membaca firman Allah SWT yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”  Surah Az-Zumar ayat 53

Tentunya dalam kehidupan kita ini begitu banyak individu yang sering menyakitkan hati kita, mengguris dan melukakan perasaan kita bahkan menjadikan jiwa kita berserabut dan penuh kebencian. Seringkali senyuman kita kehilangan serinya, tawa kita menjadi sumbing dan air muka kita kehilangan cahayanya setiapkali kita bertembung wajah dengan mereka. Bahkan ada yang begitu dengki dan sengaja menyakitkan hati kita malahan sering mereka-reka fitnah dan onar untuk mencacatkan kewibawaan kita.

Ya, inilah sebahagian dari warna warni hidup kita yang menjadikan perjalanan hidup kita lebih unik dan jiwa kita akan menjadi lebih matang jika kita mampu menyikapinya dengan betul.

Apa perasaan kita berdepan dengan golongan ini, walaupun bilangannya mungkin tidak begitu ramai? Apa pula perasaan kita jika yang sering menyakitkan hati kita itu ialah orang-orang yang begitu hampir dengan kita?
Bagi saya, tidak ada yang lebih baik selain memberi KEMAAFAN.  Ya, MAAFKAN MEREKA agar jiwa kita lebih lapang dan bahagia. MAAFKAN MEREKA sehingga kebencian tidak lagi mampu mencemarkan keindahan budi atau merubah rupa jiwa kita. MAAFKAN MEREKA agar kita mampu tersenyum melihat kehidupan.

Adakah kita merasakan kebencian kita itu menguntungkan kita atau akan merugikan mereka? Apa yang kita dapat dari kebencian itu kalau bukan keserabutan jiwa, kemarahan yang meluap-luap dan terusirnya ketenangan dan kedamaian dari hati nurani kita? Bahkan setiapkali kebencian mula bertahkta dan menguasai hati  maka hati kita itu akan makin keras, gersang, kasar dan merosak air muka kita. Hingga akhirnya dunia yang begitu luas terasa begitu sempit, hidangan yang lazat hilang kenikmatannya dan tidur kita tidak lagi merehatkan jiwa kita untuk mendepani hari baru.  Jadi, nyatakan pada saya, apa untungnya kebencian dan kemarahan kita itu kalau bukan menambahkan penderitaan keatas penderitaan  yang sudah sedia ada?

Jadi, MAAFKAN MEREKA kerana dalam kemaafan kita itu Allah SWT menjanjikan keampunan. Bukankah dosa-dosa kita masih terlalu banyak sedangkan kematian sering mengintai kita disetiap simpang siur kehidupan. Bagi jiwa-jiwa yang menyakini hari pertemuan dengan Allah SWT tentunya kita benar-benar rindukan pengampunan Allah SWT bahkan pengampunan itu lebih berharga dari pertambahan usia. Apalah gunanya bagi umur yang bertambah tetapi dosanya tidak berkurang. Apa yang kita harapkan dari kehidupan begini?

MAAFKAN MEREKA kerana kita juga sering membuat kesalahan dan setiapkali kita membuat kesalahan, kita begitu rindu dan mengharapkan orang lain menyikapi atau menghadapi kelakuan buruk kita dengan baik bahkan menasihati kita dengan penuh hikmah. Kenapa apabila orang lain melakukan kesalahan kepada kita, kita lalu  marah-marah dan pamerkan wajah yang buruk dan penuh kebencian.

MAAFKAN MEREKA, agar jiwa kita menjadi lembut bahkan membuahkan kesabaran dan kepasrahan hingga kita mampu mengukirkan kesenyuman dari relung hati kita yang paling dalam. Biarkan kemaafan itu menghiasi jiwa kita dengan bunga-bunga kecintaan dan kasih sayang hingga mereka tertunduk hormat dan malu kepada kita.

Pernah satu ketika, jiwa saya begitu menderita ketika menghadapi salah seorang dari orang atasan saya. Dia merasakan dirinya yang paling benar. Dia bukan sekadar menolak pandangan orang lain bahkan tidak memberikan ruang untuk pandangan itu dikemukakan. Sedangkan apa yang dilakukannya terlalu salah, buah fikirannya sudah ketinggalan zaman dan cara pengurusan kerjanya sudah  terlalu usang dan antik walaupun dari satu sudut saya yakin dia begitu ikhlas dalam kerjanya. Tidak sesiapa yang selesa mengemukakan pandangan kepadanya apatah lagi menegur kesalahannya walaupun kesalahannya terang lagi bersuluh.  Bahkan tingkahlakunya sering menjadi buah mulut rakan sekerja.
Jiwa saya begitu menderita. Setiapkali ingin menyuapkan makanan kemulut lalu terpandang wajahnya selera makan saya hilang serta merta. Setiapkali saya pejamkan mata untuk tidur, wajahnya sering muncul dan bermain dalam fikiran saya. Ketika berehat seringkali minda saya mengangankan saat-saat saya berhujah dengannya dan dia menyikapi dengan sikap dingin dan keras kepala hinggakan angan-angan itu menjadikan jiwa saya dililit kegelisahan dan kemarahan. Ya, berbulan-bulan saya  hilang kenikmatan jiwa ketika menginjakkan kaki di tempat kerja.

Jiwa saya terus menderita hinggalah saya menemui penawarnya yang begitu mujarab iaitu KEMAAFAN. Saya katakan pada diri saya, kenapa saya harus membencinya. Dia telah lakukan yang terbaik dengan apa yang dia faham, walaupun mungkin caranya salah tetapi itu yang dia faham dan tentang keikhlasannya, Allah yang lebih mengetahui. Kenapa saya harus membencinya sedangkan kebencian saya tidak akan menjadikan dirinya betul atau membetulkan keadaan yang salah. Kenapa saya harus membencinya sedangkan setiap manusia memikul beban dosa yang begitu banyak dan saya sendiripun tidak terlepas daripadanya. Bahkan apabila tua nanti mungkin saya akan akan lebih teruk daripadanya dan orang lain akan lebih membenci saya.

Lalu saya pejamkan mata saya, saya suarakan hati saya pada Allah yang Maha Mengetahui; Saksikanlah ya Allah, aku maafkannya dan aku juga mengharapkan keampunanMu. Saksikanlah ya Allah, aku kasihkannya kerana aku tahu dia ikhlas beramal untuk keredhaanMu. Walaupun dia punya banyak kelemahan tetapi didalam ilmu Mu ya Allah, dosa-dosa ku lebih banyak, walaupun aku rasakan aku lebih baik daripadanya belum tentu ketika aku sampai keusia sepertinya aku akan terus istiqomah diatas jalanMu yang benar ini ya Allah. Semoga Engkau menerima amalnya dan amalku ya Allah.

Disaat itu saya terasakan seolah satu hijab gelap yang menutupi hati saya terangkat dan limpahan cahaya kehidupan kembali menerangi hati saya. Tidak ada lagi kebencian dan keresahan. Kemudiannya saya mencari kesempatan untuk bermaafan dengannya. Semenjak itu hati saya kembali menemui nikmat ketika ditempat kerja. Setiapkali bertembung wajah, senyuman begitu mudah terukir pada wajah saya bahkan kami mampu duduk berbual dan bercerita.

Saya tidak maksudkan kita tidak perlu membetulkan yang salah. Kata Ibnu Qayyim; Jika kamu ingin menyuruh yang ma’ruf pastikan ia menjadi ma’ruf. Ya, jika kita inginkan kebaikan, biarlah tindakan dan cara kita menghasilkan sesuatu yang baik atau lebih baik. Maknanya, setiap tindakan kita perlu disesuaikan dengan niat, cara dan masa yang baik. Kalaupun usaha kita tidak berjaya, yakinlah Allah menjanjikan ganjaran diatas usaha dan kesabaran kita.

Maafkan mereka
agar jiwamu petah berbicara
mengajar insan erti bahagia
dan tersenyum dalam duka

Maafkan mereka
Agar hatimu lapang segala
Menikmati hari-hari baru
yang penuh duka lara

Maafkan mereka
Kerana jiwamu sedar mengerti
Hidup ini ada hari datang dan pergi


Saturday, February 18

live hell or live well. you choose!


live well or live hell.
you choose.

life is about living to the fullest and about gaining something that u want, not others want.
think more about you, not about others because the do not.

sometimes, some say choc will make you feel better no matter how bad your state is.

exit light, enter night, take my hand.. we're off to never never land.

because we cant have everything in life.

but, okay.. it doesnt matter to me it doesnt matter to them.

I wasn't mean the wrong way . Won't you do me the right way
Where you gonna be tonight. Coz I won't stay too long

Maybe you're the light for me. When you talk to me it strikes me
Won't somebody help me. Coz I don't feel too strong

but was it something that I said. Was there something that I did
Or the combination I broke that did me have

You know that  I'm hoping you sing alone
Though it's not your favorite song
Don't wanna be the wind just nothing left to say
You know that someone those spin again
When you do really  you need a friend
again don't wanna be the that wind just nothing left for me
And I hate the thought finally been erased
But  that is the best of me

Everything's behind you. But the whole place I sit besides you
Living in every moment. Have I wasted all your time

mau sahaja aku lontarkan segala kata-kata
lontarkan selagi ia tidak meracun
kongsikan walau hanya pada awan-awan.
kerana nobody's going to listen to me anyway..

hikayat hidup yang tidak selalunya lawa
tak selalunya ada pelangi
kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada.
kadang-kadang bilamana malapetaka itu datang
terasa bagai kena gelek ke bumi dek ahli sumo
rasa macam dah tak mampu bangkit
rasa macam dah tak mampu nak hela nafas

that's why..

live well or live hell..
you choose!

1939 pm
rooftop rant
18feb2012

Friday, January 27

astronout



Can anybody hear me?
Or am I talking to myself?
My mind is running empty
In the search for someone else
Who doesn't look right through me.
It's all just static in my head
Can anybody tell me why I'm lonely like a satellite?

'Cause tonight I'm feeling like an astronaut
Sending SOS from this tiny box
And I lost all signal when I lifted up
Now I'm stuck out here and the world forgot
Can I please come down?
'Cause I'm tired of drifting around and round (and round)
Can I please come down?

I'm deafened by the silence
Is it something that I've done?
I know that there are millions
I can't be the only one who's so disconnected
It's so different in my head.
Can anybody tell me why I'm lonely like a satellite?

'Cause tonight I'm feeling like an astronaut
Sending SOS from this tiny box
And I lost all signal when I lifted up
Now I'm stuck out here and the world forgot
Can I please come down?
'Cause I'm tired of drifting around and round
Can I please come down?

Now I lie awake and scream in a zero gravity
And it's starting to weigh down on me.
Let's abort this mission now
Can I please come down?

So tonight I'm calling all astronauts
All the lonely people that the world forgot
If you hear my voice come pick me up
Are you out there?
'Cause you're all I've got!

And tonight I'm feeling like an astronaut
Sending SOS from this tiny box
And I lost all signal when I lifted up
Now I'm stuck out here and the world forgot

'Cause tonight I'm feeling like an astronaut
Sending SOS from this tiny box
To the lonely people that the world forgot
Are you out there?
'Cause you're all I've got!

Can I please come down?
'Cause I'm tired of drifting round and round.
Can I please come down?

p/s: sometimes it's okay to feel alone in this whole wide world because it's when you started feel the love by THE ALMIGHTY. who always be there for you since people don't stick with you forever. everyday is one step closer to HIM. INSYAALLAH

Monday, January 16

sometimes.something.at all times.




sometimes, when you give up on someone, it’s not because you don’t care anymore, but rather because you realize they don’t.
something very simple, but yet so profound: Whosoever does good must know that it is from Allah (Azza-wa-jall) and it is only He who allowed him to do so; and whosoever is protected from evil, must know that it is Allah (Azza-wa-jall) who protected him and there is no one else who can do so.
at all times, be firm in your heart. Ibn Ata’illah stated:
“Relieve yourself of worry after you have planned; do not concern yourself with what Allah has undertaken on your behalf.”
P.S. Mon professeur bien-aimé, cahaya kiriman Ilahi.

p/s: in one day 3 great events happened. final exam 2 paper in a row, really a headache for me, but alhamdulillah everything will be fine because : "bersangka baik, justeru ALLAH akan menurut sangka hambaNYA. Bila kita bersangka baik, kita akan mendapat yang terbaik. amin". at least now i have to focus on Deutsch and i'll be free to pack everything and rest for a while before start pushing myself for my annual camp. sigh~   

and zum geburgstag mein freunde yesterday. happy 22rd, and now we're even. ^ ^ _  wish and hoping you'll be happy and all the best in your amazing life. selamat ber-DSLR ye DSLR guy!  i'll find someone like you no matter what. definitely!  selamat berAnnual camp. O_o/  

Mon bien aimé, tuntuni aku hingga ke syurga.

1138am/17januari2012 
          

   







Friday, January 6

.u smile i smile.


           Head up, stay strong, fake a smile, and MOVE ON!
                                                                                                                  -beliau adalah misstina-


don't you ever fake a smile! because: 

don't worry, someday all the pain will pass and when it passes, you will become stronger and happier than before

and

if god takes something away from you, it means he's emptying your hands to give you something better.

dan ketahuilah bahawa: 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 216.



remember 

truly, great friend are hard to find, difficult to leave and impossible to forget. 


and you martina amira azam


smile like you've never been hurt!!


because when you smile


I smile
If you need me
I'll come running
From a thousand miles away
When you smile I smile 


nota kuku kaki: dah mengalir air mata time baca entry baru tadi. haha.. menangis babe! sebab time ni memang agak sedih. tapi u have come back. memang best sangat-lah. happy tak terkata sebab kita boleh bermereng-mereng bersama. siyes, aku memang penakut, and pagi tadi cukup blur sebab baru bangun tido. tapi happy sangat sebab memang dah lama mengidam nak mamam mcD. haha.. pagi-pagi dah merempit. langgar lampu isyarat bagai. tapi memang pengalaman best.  (terubat rindu kat wajah-wajah kesayangan di kampung). 

* dapat aku rasakan yang  ada budak tu takut nak naik moto dengan aku tadi soori.. haha..

1936pm
maghrib prayer
6 january 2012