Sunday, February 20

.kekasih.agung.sedang.cemburu.






kekasih agung sedang cemburu.
anda sedang asyik berbalas sms dengan seseorang yang bukan mahram? anda sedang ternanti2 panggilan daripada si dia? anda sedang menunggu saat2 dapat bertembung denganya? anda sedang memilih minyak wangi paling harum untuk keluar dating?
err,jika jawapannya ya, anda sedang membuat kekasih agung anda sangat cemburu. berkata Ibnu Qayyim Al Jawziyyah “Allah s.w.t sangat cemburu terhadap hati hambanya , dan ada sesuatu yang lain dalam hatinya selain dia.
Kata2 ulama muktabar ini ada asasnya daripada sabda Rasulullah saw. dari pada Mughirah r.a . katanya, Saad bin Ubaidah mengatakan: “sekiranya aku melihat lelaki berkelakuan serong (bermesra-mesraan) dgn isteriku, nescaya lelaki itu aku tetak dengan mata pedang yang tajam, bukan dengan sisi tetapi pedang.
ucapan itu sampai kepada Rasulullah saw dan baginda berkata, “mengapa kamu hairan cemburu Saad? demi Allah,aku lebih cemburu daripadanya. (terhadap perkara yang diambil endah dan benci demi agama). dan Allah lebih cemburu daripadaku. kerana itu dilarangnya mengerjakan perbuatan keji, baik yang terang ataupun tersembunyi.  dan tiada seorang pun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah, dan kerana itu diutusnya orang yang akan memberikan berita gembira dan orang yang memberikan peringatan. tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih dari Allah, dan kerana itu (untuk orang yang memujinya) dijanjikannya syurga (riwayat Al Bukhari dan Muslim)

cemburu Allah tanda besarnya cinta
kecemburuan Allah langsung tidak menunjukkan kerendahan atau dia memerlukan kita. Maha Suci Allah daripada sebarang sifat kekurangan. cemburu Allah adalah tanda besarnya Cinta Yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hambanya. dia tidak memerlukan kita, dia tidak luak dengan kelalaian kita. tidak terjejas tanpa cinta kita.
tapi kita, keperluan kita kepada cintanya lebih penting daripada kita memerlukan makanan, minuman malahan oksigen. mencintai Allah adalah fitrah kita semua.
dia cemburukan hati kita yang meletakkan cinta lain lebih agung daripadanya kerana dia sayangkan kita. dia tidak mahu kita menempah jalan sengsara. dia menawarkan cinta yang tidak pernah kecewa. inilah hakikat Cinta Teragung.
firma Allah swt yang bermaksud: “dan antara manusia ada yang menyembah tandingan2 selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mencintai Allah. adapun orang yang beriman lebih besar kecintaannya kepada Allah. (surah Al Baqarah  2:165)
cintanya cinta utama. cintanya membuatkan semua masalah besar terasa kecil kerana kita ada cinta Allah Yang Maha Besar untuk menyelesaikannya. cintanya membuatkan kita terasa kuat dan yakin diri kerana percaya ada raja yang mempunyai kerajaan langit dan bumi bersama kita. cintaNya membuatkan hidup kita mulia kerana merasakan diri kita hanya hambanya, tidak boleh diperhambakan oleh sesama manusia.

bila kita tak kisah
apabila kita tidak ambil kisah tentang kecemburuan Allah, terus menagungkan makhluk daripadanya, bimbang cinta kekasih agung akan meninggalkan kita. azab Allah yang amat berat di dunia ialah apabila dia memisahkan kita daripada jalan menuju hidayah Allah, jalan menuju syurga. apabila Allah swt memisahkan kita daripada kebaian-kebaikan, maka  apa ertinya hidup kita ini lagi?
lebih menakutkan apabila Allah menghilangkan “rasa” yang boleh menyelamatkan hidup kita. ketika itu, kita biasanya hilang pertimbangan yang wajar dalam mengambil sesuatu keputusan yang  bijak.

bagaimana mereka menguruskan cinta
ya, ketarikanmu pada si dia itu lumrah. fitrah yang Allah hadirkan. setiap fitrah ada peraturannya. fitrah makan pun ada peraturan, inikan pula fitrah cinta.?
oleh sebab itu wajarkah anda mencipta langkah seterusnya tanpa membelek sedikitpun peraturan yang telah Allah tetapkan.
sanggupkah dirimu mencipta sebuah kenangan cinta tanpa peraturan. ? penuh maksiat hati. menjalar pula pada maksiat perbuatan.
remajaku sayang, bukan dirimu sahaja yang mengalami rasa cinta, malah semua orang tidak termasuk para rasul, sahabat dan orang soleh. bezanya, bagaimana mereka menguruskan perasaan itu? bagaimana pula kita menguruskannya? Ibn Qayyim menulik indah dalam bukunya Raudah Al Muhibbin tentang kisah Sayidatina Fatimah Al Zahra pada malam pertamanya. Fatimah, puteri Rasulullah si pengantin baru berkata pada suaminya, Sadina Ali, ‘kanda, dulu sebelum kita nikah, dinda teringin sangat nak jadi isteri seseorang. dinda amat mengaguminya”
denagn penuh cemburu, Saidina Ali berkata “habis itu, dinda menyesal menikah dengan kanda?”
si isteri menjawab dengan penuh senyuman, “tak kandaku, kerana orang itu adalah kanda”
kisah ini menjadi bukti jelas bahawa puteri Rasulullah sendiri pernah memendam perasaan cinta kepada Saidina Ali, mengagumi, merindui, dan memasang impian hidup bersamanya.
namun, adakah si gadis beriman itu berani menghantar surat tanpa pengetahuan wali, berhubung melalui burung merpati, mengatur dating di belakang pohon kurma atau membonceng unta bersama kekasihnya?
begitu juga Saidina Ali. adakah dia melalaikan Fatimah dengan janji2 kosong sebelum menikah?
adakah dia meredah hak wali dengan terus mengurat gadis idamannya? adakh dia terburu2 merebut cinta Fatimah yang turut diimpikan oleh Saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar  dgn membawanya lari? adakah dia meminang Fatimah ketika dia tidak membina kualiti diri. ?
kita pula, bagaimana menguruskan perasaan fitrah kita kepada si dia? adakah dengan jalan yang menghampiri fitnah atau jalan yang menghampiri barakah? 

dipetik dari.solusi isu28.
p/s: bersama2 muhasabah diri dalam pencarian dan perjalanan mencari cintaNYA.
terima kasih fatin zahirah kerana berkongsi inpt yang berguna bersama saya.. (^O^)/

Sunday, February 6

.terima kasih sahabat.

terima kasih.. terima kasih sebab hadiahkan saya buku ni.. saya janji akan baca ASAP... thank you very much...
~transkrian~
0352pm
ahad

.kejayaan bukan datang dengan tiba-tiba.


 p/s: salam..dalam kelam kabut menyiapkan presentation, tetiba terjumpa satu artikel yang agak menarik. sukanya nak share... hopefully, semua suka..


Dari mimpi lahirlah impian. Semacam dari kata akar yang sama. Dua-duanya berkaitan dengan imaginasi. Hmm...bukankah imaginasi mampu menjadi realiti?
"If you have the power to dream it then you have the power to achieve it."
Kata-kata semangat dari Mr. X. Tak cukup lagi,
"What a mind can conceive and believe, it can achieve."
Kita merenung kembali kisah Ted Williams yang menyimpan seribu macam harapan untuk keluar dari belenggu kesusahan. Sekali nampak macam mustahil. Seorang yang hidupnya merempat di tepi jalan bertahun-tahun lamanya ingin mengubah kehidupan. Dan Ted berjaya.
Namun kejayaannya bukan datang dengan tiba-tiba. Ada usaha dan tawakkal disertakan bersama! Kita bagaimana?
Indahnya kehidupan seorang muslim bila kita mendengar ganjaran Syurga. Oh Allah, kurniakanlah kami Syurga Firdaus.
Imaginasinya sudah ada. Doa pun sudah ada. Cuma usahanya sahaja tidak seberapa.
Aku teringat suatu peristiwa. Waktu itu kami dijemput untuk ke kediaman rasmi Perdana Menteri.
"Eh kita nak pakai baju apa ni," tanya kawanku.
"Ntah..cuba ko tanya Dollah," balasku.
Dollah adalah orang yang menguruskan perjumpaan kami ini.
"Korang ada kemeja tak?" tanya Dollah.
"Takde la pulak..kiteorang tak bawak," balasku sedikit kerisauan.
"Hmm...t-shirt tak sesuai. Orang besar-besar dalam majlis ni. Jap aku fikir," terang Dollah.
Hmm..t-shirt nampaknya tidak sesuai untuk bersembang dengan orang kenamaan. Martabat tinggi agaknya.
Lalu bagaimanakah kesesuaian untuk bersama dengan orang yang hebat dalam Syurga? Pernah diambil kira?
Saidina Abu Bakar menginfakkan seluruh hartanya untuk Islam. Beliau adalah penghuni syurga.
Kita? 50 sen pun berkira. Boleh buat beli ais krim.
Itu belum cerita hendak datang solat berjemaah di masjid. Tidak cukup masa. Ada perjuangan lagi besar di luar sana!
- Artikel iluvislam.com

.jalan pulangku.


Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu

aku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga


ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku
ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu.... 

.jalan pulangku. 

Thursday, February 3

~INGIN AKU~


Mereka bertanya tentang kehidupan
Inginku ceritakan tentang kematian
Ia adalah GURU
Yang mengajarku
Erti kebagkitan dan perjuangan

Mereka bertanya tentang kesenangan
Ingiku ceritakan kepayahan
Ia adalah TEMAN kehidupan
Yang mengajarku
Erti kegigihan dan keazaman

Mereka bertanya tentang keseronokan
Inginku ceritakan tentang kesedihan
Ia adalah PEMBIMBING setia
Yang mengajarku
Erti kesedaran dan kecukupan

Abu Umar~
sumber~Langitilahi

Tuesday, February 1

~asalamualaikum~


 asalamualaikum~ douzo!! this is the first time that i ever wrote about myself, because before this i just talk through my work. hope that this blog is how i expresses my true feelings towards life and my journey to HIM. how i struggle to find my true self and my experience in life. it is a bit awkward. but... still.. i'm still trying to.. haha.. so, where there's any wrongs that i have done through my blog, just let me knoe.. never have the intention in making u sad or what.. so plzz let me know.. =).. this is basicly where i want to share my feelings and also to fullfilled my craving to write.. =)..semoga ALLAH mambantu saya dalam meneruskan minat saya dalam menulis.. amin~

kisah cinta dalam diam~

Kisah Cinta Agung Bersenikan Diam


Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.
”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.
”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”
Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.
Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?
Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.
Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”
Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.
Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”
Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .
“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”
“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.
Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.
Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.
Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fathimah berkata kepada ‘Ali:
“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”
*********************************************
Begitulah cinta yang bersenikan diam. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya. Memang sukar menjadi mereka, tetapi untuk meneladani mereka tidaklah sukar. Wahai lelaki, jadilah sejantan Ali, melamar gadis pilihanmu dengan jalan yang diredhaiNya, yakni pernikahan, bukannya couple, kerana bercouple itu banyak keburukan berbanding kebaikan. Para wanita pula, teladanilah Fatimah, menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun cintakan pemuda sehebat Ali r.a.
Titipkan cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya bukan untukmu, redhailah, kerana tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi buat kita.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan.
Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.

~dari blog seorang sahabat~ 

http://balqissoleha.blogspot.com/2011/01/kisah-cinta-agung-bersenikan-diam.html