Thursday, August 15

my pray for you.

for you.
i pray that u succeed in what u are doing.
never give up in reaching your dream.
a long beautiful road is waiting ahead for you.
no worries. there must be ups and downs.
but i believe you know where to seek help.
The Most Merciful is there.
HE is never far.
thus.
whenever you need me, i'l be there.
insyALLAH.

for me.
recently.
a lot of goodness come from patience.
thank you ALLAH.
thank you ALLAH.

martina amira azam : aku doakan kau sentiasa sahabat.
                                whenever and wherever you miss me,
                                look at the stars and feel the beat on your chest.
                                i'm just that close babe!!
                                always there.


Wednesday, May 15

1st trial


Day 1
Seperti biasa.
Melapor. Ditentukan subjek apa yang perlu diajar. Disebabkan subjek ilmu hisab aku memang tak de bakat. Aku ditugaskan mengajar subjek sains, muzik dan juga bahasa melayu. Haha. Agak lawak sebab seumur hidup tak pernah pegang alat muzik. Menjadi guru kelas kepada kelas 3 al-farabi. Aduss.. agak cuak sebab budak-budak ni judge yang jujur. Alahai. Takot nanti cakap pon tanak dengar. Mati!! Berkenal-kenalan dengan para guru semua. Semua kelas ditunjukkan. Ehem! Segan kot!! Haha. Semua budak terpegun tgk cikgu baru! Hahha..
Kelas 1: darjah 2 ibnu sina. (kelas terakhir bagi tahun 2)
Situasi:
2 Sina: yeyeh! Cikgu baru!! Yeyeh!!! Bestnye ada cikgu baru!
Me: (ketaq2). Asalamualaikum! Sekarang masa sains kan?? Oke! Nama cikgu, cikgu Hamizah! (tulis nama atas whiteboard)
2 Sina: (blurr) ~~
Me: (dalam hati, apakehal tade respon nak eja nama aku?? Konpius +cuak +jantung hampir terkeluar)
2 Sina: (bunyi cengkerik~)
Me: (taktau sebab diaorang blurr) oke! Oke! bukak buku sains. Cepat2!! Belajar sampai mana dengan cikgu Dalila?? Baca tengok! (nada lembut.haha)
2 Sina: (kelam kabut bukak buku. Ada setengah macam tak bp nk paham lagi.) ni cikgu!!  (bila suruh baca ada setengah baru nk mengeja) ada pulak yang duk berlari-lari dalam kelas. And ada sepasang kembar tu tgh mengemas kerusi kat belakang. Sabor jelah!!
Me: (alorh! Patot la. Tak pandai baca lagi setengahnya) haha. Adoi. (adoi.cne ni. Rajin pulak nak mengemas. Tercucuk-cucuk dada ni. Adakah aku ni tak cukup menakutkan lagi selamer plak dia menyapu bagai, susun kerusi semua). Eeh!! Duduk tempat! (nada scary sikit, oke budak budak ni kena garang. Baru tak dipijak pala den!) adoi.
Situasi di 3 Al-Farabi:
Mulanya macam takut gak nk masuk. Tapi gagahkan jugak. Ngat kot budaknyer baik jelah. Rupanya, subhanaALLAH.. itulah kelas yang paling bising di SKS. Amekaw! Dengan menyanyi2 time kita mengajar. Pergh! Memang hari pertama. Aku fikirkan mungkin hari terakhir. Penat! Sangat!!

happy teacher's day


It's been a while since 2013. sibuk ya amat dengan berbagai-bagai urusan. walaupun belum bekerja tetap still maintain busy. haha. okeh. 


Baru baru ni, dah hampir dua minggu dah sejak habis berguru-gantian di Sekolah Kebangsaan Segambut, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Alangkah bestnya bila mengajar, mendidik anak bangsa. Walaupun ni memang tahap kanak-kanak ribena punya.

Alangkah seronoknya bila sampai je sekolah, para anak-anak murid segera berlari mendapatkan guru olok-olok ni sambil berebut-rebut mahu bersalaman. Alahai, bila namanya budak-budak semuanya seronok. Suci, kalau kena marah sekalipun, 1 minit lepas kena marah.. “cikgu, salam!!” (dengan muka suci dan tersengih-sengih).

Tugas mengajar bukanlah sesenang yang dijangka, tambahan pula dengan guru sekolah rendah. Tahap kesabaran itu perlulah di tahap yang amat tinggi kerana para anak murid ni semua cerdik dalam segala hal. Hanya ALLAH saja yang tahu. Sebab itu, saya mulai berasa terlalu hormat terhadap para guru terutamanya guru sekolah rendah. Mahu dimarah, marah juga kadang2 dan kadang2 sampai rasa nak cucuk diri sendiri sebab geram dengan para anak murid. Tapi, ditelan jugak marah tu and senyum balik. Alahai.
                Pendek kata, tugas seorang pendidik ni bukanlah setakat mengajar dan memberi ilmu. Malahan semua tentang para anak2 murid ni kena ambil berat.
“selamat hari guru wahai pendidik bangsa!!”