aku punya sahabat.
tingkah lakunya, garang sekali,
bila diganggu, terus menyengat,
tapi,
dengan aku,
dia lembut, mengalahkan aku,
bila dia ada,
aku rasa bahagia,
aku rasa senang,
bila dia tiada,
semangat aku bagai hilang,
buat apa pun tiada rasa.
buat kamu sahabat,
sepatutnya aku bersyukur,
kerana aku ada kamu,
kalaupun orang lain kata kau tidak sempurna,
ceritakan padaku, dan akan aku bermusuh dengannya,
kerana, di mata aku, kau yang paling sempurna,
kau juga pengubat duka,
sahabat,
teruskan berjuang,
kerana kau seorang kesatria,
kau kuat, kau gagah,
namun, bila kau lemah,
aku juga lemah,
oleh itu,
mari kita sama-sama bangkit,
bersama memerangi mereka,
yang tidak tahu apa-apa.
p/s: actually dh lama benda ni tersimpan kat dalam inbox. baru mlm ni rasa nk post.
buat kamu sahabat. aku mohon sejuta kemaafan, aku pohon berjuta keampunan atas segala kesusahan yang aku lakukan. moga kau tidak menyesal punya kawan seperti aku.