Wednesday, May 15

happy teacher's day


It's been a while since 2013. sibuk ya amat dengan berbagai-bagai urusan. walaupun belum bekerja tetap still maintain busy. haha. okeh. 


Baru baru ni, dah hampir dua minggu dah sejak habis berguru-gantian di Sekolah Kebangsaan Segambut, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Alangkah bestnya bila mengajar, mendidik anak bangsa. Walaupun ni memang tahap kanak-kanak ribena punya.

Alangkah seronoknya bila sampai je sekolah, para anak-anak murid segera berlari mendapatkan guru olok-olok ni sambil berebut-rebut mahu bersalaman. Alahai, bila namanya budak-budak semuanya seronok. Suci, kalau kena marah sekalipun, 1 minit lepas kena marah.. “cikgu, salam!!” (dengan muka suci dan tersengih-sengih).

Tugas mengajar bukanlah sesenang yang dijangka, tambahan pula dengan guru sekolah rendah. Tahap kesabaran itu perlulah di tahap yang amat tinggi kerana para anak murid ni semua cerdik dalam segala hal. Hanya ALLAH saja yang tahu. Sebab itu, saya mulai berasa terlalu hormat terhadap para guru terutamanya guru sekolah rendah. Mahu dimarah, marah juga kadang2 dan kadang2 sampai rasa nak cucuk diri sendiri sebab geram dengan para anak murid. Tapi, ditelan jugak marah tu and senyum balik. Alahai.
                Pendek kata, tugas seorang pendidik ni bukanlah setakat mengajar dan memberi ilmu. Malahan semua tentang para anak2 murid ni kena ambil berat.
“selamat hari guru wahai pendidik bangsa!!”