Tuesday, March 22

.gudluck buat adikku sayang.

.hari ni, result spm pun dah kuo. risaunya mcm diri sendiri lak yang exam. mana taknya, adik lelaki tunggal yang ada kat umah tu dapat result. kesian dia kat umah, sensorang je. adik, soori la, kak ijah tak dapat nak ada dekat adik time ni. kak ada kelas kot. klu tak, dah lama bersantai kat umah ni ha. mak abah lak g menjenguk cik adam tuh. tak ingat nak balik ke?

sedih la, ingatkan adik. makan apa, rumah tu berkemas ke tak. ish.. risau la. bila ditanya je, dia cakap..
'takpa, adik oke la.. lagipon adik buat OT.. ', (pandai la ang adik, orang risau sampai nak botak dah kepala ni, boleh pulak dia relax).
 *time ni gemok lagi budak nih, baru darjah bapa, skang dah besor kot.. memang samseng habes la*

adik, walau apa pon result. jangan putus asa.. mak abah, bang ijat and kak  nini akan ada belakang hang adik.. kalau adik berjaya, teruskan berusaha lagi. nasihat mak abah jangan lupa. sebab adik memang berjaya.dan adik dah ada sumber rujukan. oke!

jangan risau, boleh ditebus segala yang dah jadik sebab semuanya ketentuanNYA
 *kak nini and adik li, macam-macam kalu dua orang ni*

p/s: adik,usaha terletak pada kita sendiri.. jangan biarkan mak abah nangis sebab kegagalan kita, dan setiap kali kita jatuh.. bangkit semula walaupun payah kerana hidup satu perjuangan bukan satu istirehat. beribadat dan bekerjalah seperti engkau mahu mati esok hari

Saturday, March 19

.aku tak ingin HOT di dunia.



Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik? Tidak kunafikan sebagai wanita, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat lelaki-lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi mereka tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan. Kehadiran mereka membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki-lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki penggoda itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang penuh luka. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi…
Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. Semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini. amin.

1208pm
sehari selembar benang.

Thursday, March 10

.kesusahan.dan.ujian.

.inspirasi dalam menempuh ujian. kerana setiap ujian itu tanda sayangNYA pada kita umat manusia.

1240pm
kamar hidup
110311

.kamu.adalah.binatang.jalang.


awan kemendungan pergilah.
kerana aku tidak perlukan kamu.
kerana aku sekarang bahagia.

binatang jalang.
pergilah.
kerana aku ada DIA. 
pasti. 
DIA dan mereka sentiasa ada.

semua insan yang aku kasihi.
semua insan yang aku sayangi.
menanti aku di sisi.

semua kegelapan. dan 
kemendungan.
tidak mampu aku hadapi keseorangan.
bertuah aku ada DIA dan mereka.
kekasih-kekasih aku.
pergilah kamu.
aku tidak perlukanmu.
aku tidak gentar hadapi kamu.
kerana aku ada DIA dan mereka.

.sujudku hanya untukMU.
1120am.

Monday, March 7

.belog paling best dari kawan saya yang saya sayang. part two.

*beliau memang cantik, sebab tu saya suka amek gambo beliau*

Buat kamu yang berada di sana.
Terima kasih, saya di sini memang selalu ja susah hati. Selalu ja pkir masalah orang lain. Emm. Betul kan. Saya perlu berubah, berubah ntok suma. Bahagia bila kamu sentiasa di sisi saya. Betul. Saya sangat bahagia. Memang kamu pemberi inspirasi ntok saya. Kamu tabah, kamu suka apa yang kamu buat dan sangat passionate. Saya suka bila kita selalu ja kena punishment bersama, saya suka bila kita berlari kamu ada bersama, saya suka sebab bila dengar ja kamu bersemangat, terus saya bersemangat. Kamu kawan saya.pemberi semangat walaupun kamu dikala kesusahan. Tetap kamu suka saja layan saya yang cenggini.
Dia memang special. Saat saya susah hati tengah-tengah malam pon, dia sedia membawak moto KRISS PDF **** (dengan gagahnya dia, membonceng aku yang berat cm badak nih) pergh.. kamu memang sangat setia. dan saya harap, dapat buat benda yang sama untuk kamu. Huhuk. Kamu memang special. Encik kekasih kamu kalu tak jaga kamu leklok memang nak kena la. Sebab dia akan kena FLYING KICK, SIDE KICK, BACK KICK, FRONT KICK, DOWN KICK AND SEGALA JENIS KICK LA.. (tu pon kalu ada yang wujud la ) kamu special. Sangat. Sangat...Siyesly. Tak perlu nak tipu. Kerana kamu pemberi inspirasi, pemberi semangat buat saya. Kamu buat saya tak lupa tentang kelebihan diri saya yang saya tak pernah nampak. Waah.

Kamu sangat hebat. Saya sayang kamu. Kamu buat saya senang. Buat semua orang senang. Memang, kamu gila pada pandangan guwa.. hakhak.. tapi KEGILAAN kamu buat saya bangga kerana kamu kawan saya. *kening kening* (ayat dia yang tak bole blah).
Kekurangan ini, insyALLAH. Saya cuba oke. Saya cuba untuk tidak berfikir tentang benda yang tak berpekdah tuh. Okies! Trimas. Trimas. Kamu sudah buat saya bahagia. Bahagia kerana kamu sentiasa ada. Tak dapat nak bayang kalu kamu tiada. So, bahu saya pon sentiasa ada untuk kamu. Kamu memang kesayangan saya nombor satu!

Nota kicik untuk misstin: kamu memang special. Dan saya sentiasa ada untuk kamu. (cam slogan en polis laks) hakhak. Sayang kamu 8423 juta kali. Dan kamu salah satu dalam list 8423 perkara yang saya perlu pikir. Malam ni hujan, sayu je dalam hati nih. Sayu dan sedih. Tapi saya tahu, saya tak sendiri. Kerana saya ada kamu. *kening kening* (pinjam dari beliau ag) 

0331am.
08032011
di saat ini aku bahagia. terima kasih untuk dia.

Sunday, March 6

belog paling best dari kawan saya yang saya sayang.


         ini merupakan kawan aku yang paling gila2 dalam dunia. dia tak kesah nk ckp straight to the point kalu dia tak pueh ati. lagik senang sebab tak perlu kot nk fake2.. tadi saja je best2 berjalan2 melawat belog beliau. fulamak. best..

rasa malu bila nk banding dengan belog aku  yg cm hampeh.. oke.. she just be herself and i have known her for 1 and a half year.. saya tau dia banyak ujian yang dia lalui.. tapi.. memang tabik sangat sebab..

AWAK MEMANG GAGAH MESTIN!

aku ni merangkap aweks gelap n gemok beliau.. memang aku berbangga.. (cm nak nanges je) ..

SIYESLY TAK PENAH JUMPA  OWG SEGAGAH AWAK..

dia still idup cm aku, makan cm aku (cuma aku ni gemok plus besau) hahah.. respek la kt sahabat guwa nih.. huhu.. knp la aku tak jadik cm dia? aku nk tabah... aku nak kuat cm dia.. aku nk love myself as she love herself so much.. dats why, bagi aku dia seorang kawan yang sangat charming..

aku mengaku.. sebelum ni aku tak penah sedar diri aku ni, tak penah nak bersyukur dengan kurniaan ALLAH.. mak, abah.. yang selalu ada kt belakang aku.. bang ijat, adik, kak nini.. suma selalu ada kt belakang aku... ish.. memang manusia yang tak bersyukur la aku nih..

antara kata2 feveret yang beliau selalu cakap kt aku..


perlu ke ko pkir benda tuh? banyak lagi benda lain yang patot ko pkir..???

nota kecik dari aku : mestin.. terima kasih.. mizah pas ni kena berubah.. siyesly.. mana janji aku yang lama..

(dari saya trus tkar jadik aku.. mebi aku ni lbey dekat dengan jiwa aku sebagai orang utagha yang pekat.. haha.. lantak la.. tanak skema2 ag.. gpon.. belog ni pasal idup aku yang alim (pergh, perasan giler) tapi.. dalam alim2 aku nih.. gila2.. aku join je karok, join je aktiviti yang student normal buat.. hahahah..)

http://menunggutigapulohfebruari.blogspot.com/.. silekan klik jika nak melawat.. siyes best..