kekasih agung sedang cemburu.
anda sedang asyik berbalas sms dengan seseorang yang bukan mahram? anda sedang ternanti2 panggilan daripada si dia? anda sedang menunggu saat2 dapat bertembung denganya? anda sedang memilih minyak wangi paling harum untuk keluar dating?
err,jika jawapannya ya, anda sedang membuat kekasih agung anda sangat cemburu. berkata Ibnu Qayyim Al Jawziyyah “Allah s.w.t sangat cemburu terhadap hati hambanya , dan ada sesuatu yang lain dalam hatinya selain dia.
Kata2 ulama muktabar ini ada asasnya daripada sabda Rasulullah saw. dari pada Mughirah r.a . katanya, Saad bin Ubaidah mengatakan: “sekiranya aku melihat lelaki berkelakuan serong (bermesra-mesraan) dgn isteriku, nescaya lelaki itu aku tetak dengan mata pedang yang tajam, bukan dengan sisi tetapi pedang.
ucapan itu sampai kepada Rasulullah saw dan baginda berkata, “mengapa kamu hairan cemburu Saad? demi Allah,aku lebih cemburu daripadanya. (terhadap perkara yang diambil endah dan benci demi agama). dan Allah lebih cemburu daripadaku. kerana itu dilarangnya mengerjakan perbuatan keji, baik yang terang ataupun tersembunyi. dan tiada seorang pun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah, dan kerana itu diutusnya orang yang akan memberikan berita gembira dan orang yang memberikan peringatan. tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih dari Allah, dan kerana itu (untuk orang yang memujinya) dijanjikannya syurga (riwayat Al Bukhari dan Muslim)
cemburu Allah tanda besarnya cinta
kecemburuan Allah langsung tidak menunjukkan kerendahan atau dia memerlukan kita. Maha Suci Allah daripada sebarang sifat kekurangan. cemburu Allah adalah tanda besarnya Cinta Yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hambanya. dia tidak memerlukan kita, dia tidak luak dengan kelalaian kita. tidak terjejas tanpa cinta kita.
tapi kita, keperluan kita kepada cintanya lebih penting daripada kita memerlukan makanan, minuman malahan oksigen. mencintai Allah adalah fitrah kita semua.
dia cemburukan hati kita yang meletakkan cinta lain lebih agung daripadanya kerana dia sayangkan kita. dia tidak mahu kita menempah jalan sengsara. dia menawarkan cinta yang tidak pernah kecewa. inilah hakikat Cinta Teragung.
firma Allah swt yang bermaksud: “dan antara manusia ada yang menyembah tandingan2 selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mencintai Allah. adapun orang yang beriman lebih besar kecintaannya kepada Allah. (surah Al Baqarah 2:165)
cintanya cinta utama. cintanya membuatkan semua masalah besar terasa kecil kerana kita ada cinta Allah Yang Maha Besar untuk menyelesaikannya. cintanya membuatkan kita terasa kuat dan yakin diri kerana percaya ada raja yang mempunyai kerajaan langit dan bumi bersama kita. cintaNya membuatkan hidup kita mulia kerana merasakan diri kita hanya hambanya, tidak boleh diperhambakan oleh sesama manusia.
bila kita tak kisah
apabila kita tidak ambil kisah tentang kecemburuan Allah, terus menagungkan makhluk daripadanya, bimbang cinta kekasih agung akan meninggalkan kita. azab Allah yang amat berat di dunia ialah apabila dia memisahkan kita daripada jalan menuju hidayah Allah, jalan menuju syurga. apabila Allah swt memisahkan kita daripada kebaian-kebaikan, maka apa ertinya hidup kita ini lagi?
lebih menakutkan apabila Allah menghilangkan “rasa” yang boleh menyelamatkan hidup kita. ketika itu, kita biasanya hilang pertimbangan yang wajar dalam mengambil sesuatu keputusan yang bijak.
bagaimana mereka menguruskan cinta
ya, ketarikanmu pada si dia itu lumrah. fitrah yang Allah hadirkan. setiap fitrah ada peraturannya. fitrah makan pun ada peraturan, inikan pula fitrah cinta.?
oleh sebab itu wajarkah anda mencipta langkah seterusnya tanpa membelek sedikitpun peraturan yang telah Allah tetapkan.
sanggupkah dirimu mencipta sebuah kenangan cinta tanpa peraturan. ? penuh maksiat hati. menjalar pula pada maksiat perbuatan.
remajaku sayang, bukan dirimu sahaja yang mengalami rasa cinta, malah semua orang tidak termasuk para rasul, sahabat dan orang soleh. bezanya, bagaimana mereka menguruskan perasaan itu? bagaimana pula kita menguruskannya? Ibn Qayyim menulik indah dalam bukunya Raudah Al Muhibbin tentang kisah Sayidatina Fatimah Al Zahra pada malam pertamanya. Fatimah, puteri Rasulullah si pengantin baru berkata pada suaminya, Sadina Ali, ‘kanda, dulu sebelum kita nikah, dinda teringin sangat nak jadi isteri seseorang. dinda amat mengaguminya”
denagn penuh cemburu, Saidina Ali berkata “habis itu, dinda menyesal menikah dengan kanda?”
si isteri menjawab dengan penuh senyuman, “tak kandaku, kerana orang itu adalah kanda”
kisah ini menjadi bukti jelas bahawa puteri Rasulullah sendiri pernah memendam perasaan cinta kepada Saidina Ali, mengagumi, merindui, dan memasang impian hidup bersamanya.
namun, adakah si gadis beriman itu berani menghantar surat tanpa pengetahuan wali, berhubung melalui burung merpati, mengatur dating di belakang pohon kurma atau membonceng unta bersama kekasihnya?
begitu juga Saidina Ali. adakah dia melalaikan Fatimah dengan janji2 kosong sebelum menikah?
adakah dia meredah hak wali dengan terus mengurat gadis idamannya? adakh dia terburu2 merebut cinta Fatimah yang turut diimpikan oleh Saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar dgn membawanya lari? adakah dia meminang Fatimah ketika dia tidak membina kualiti diri. ?
kita pula, bagaimana menguruskan perasaan fitrah kita kepada si dia? adakah dengan jalan yang menghampiri fitnah atau jalan yang menghampiri barakah?
dipetik dari.solusi isu28.
p/s: bersama2 muhasabah diri dalam pencarian dan perjalanan mencari cintaNYA.
terima kasih fatin zahirah kerana berkongsi inpt yang berguna bersama saya.. (^O^)/