di saat hati penuh duka nestapa.
Dia datangkan mereka yang sentiasa bersama.
entah kenapa, sejak dua menjak ni asyik tak semena semua benda.
ada je yang tak kena.
entah kenapa, mahu diceritakan tapi tak tahu apa kebenda.
baru-baru ini, ada berita yang menyesakkan dada. tapi pada mulanya aku buat macam biasa. tapi.
entah kenapa. rasa menyampah. semua ada.
hati ini terlalu kotor agaknya.
penuh dengan semua perkara dunia.
sedangkan akhirat, apa pon tak ada.
kejar dunia sangat, sampai TUHAN pon lupa.
memang semua ini peringatan dari DIA.
tak mahu kita terus lena.
jadi, DIA datangkan kesusahan itu untuk buat kita terjaga.
terjaga dan terus kembali padaNYA.
aku mohon padaMU. jika hati aku sekarang sudah terlalu tepu dengan dosa.
aku memohon padaMU. memohon dengan sangat supaya diberikan hati yang baru.
hati yang suci dari segala syak wasangka dan perkara dusta.
dan dari segala perkara dunia yang membawa duka.
aku memohon dengan sangat YA ALLAH.
p/s: aku berdoa supaya mereka bahagia. semua yang aku sayangi bahagia. aku memohon padaMU.
di saat ini, aku amat memerlukanMU.