Tuesday, August 7

rezeki ramadhan


Assalamualikum..
Alhamdulillah. semuanya sudah selesai disaat jari ini mula menaip. Apekan tidaknya, pentauliahan dah 3 minggu berlalu. Exam sudah lama selesai dan tahun akhir berjaya juga dihabiskan. Tinggal nak berkonvokesyen sahaja pada September ini. Sebenarnya, hati rasa musnah sebab pointer tersangatlah tak  best semester lepas. Mana tak nya, memang dahsyat semester lepas sampaikan awal-awal lagi dah rasa hancur.
Namun, aku mencuba untuk berjaya. Tapi usaha aku itu tidak cukup untuk membolehkan aku mendapatkan yang aku mahu. Tapi takpe. Positif, rezeki ALLAH ada di mana-mana. Tambahan pula sekarang bulan Ramadhan, lipat gandakan usaha untuk memohon pertolonganNYA. Alhadulullilah, Alhadulillah, Alhamdulillah. Itu saja perkataan yang mampu aku ucapkan. Terima kasih YA ALLAH.
insyaALLAH. Sesudah selesai sahaja pentauliahan julai lalu, aku  terus memulakan langkah. Apply je semua jawatan yang ada. And insyALLAH tahun depan start la pencarian aku untuk memohon menyambung pelajaran ke sarjana. InsyALLAH. Tak uum, ukm. Tu je. Tkpala. Tauke dah bagi green light. So, tunggu nak apply jela. Aku mahu tebus semula kekalahan yang aku hadapi sepanjang 3 tahun sarjana muda. Aku bertekat yang aku mahu buktikan yang aku juga boleh. Boleh berjaya sehingga ke luar negara. Itu janji aku. Abah dan mak, aku akan buat mereka menitiskan air mata gembira. Itu janji aku. Aku tahu, ada yang memandang rendah aku. Tapi aku akur, segala kelemahan itu datang daripada aku. Namun, janji. Aku berjanji yang aku aku buktikan yang mereka itu salah. Yang aku mampu berdiri sendiri. Biarlah merekan yang mahu berkata-kata sinis. Namun, tak mengapa. Aku biarkan mereka.
p/s: sedih dan gembiran di atas kejayaan yang korang capai dan aku sedih kerana perpisahan yang berlaku. Aku doakan kalian terus maju dan berbahagia di bawah rahmatNYA. (salam sayang buat sahabat yang aku rindui setiap masa: martina amira azam, aku doakan kau bahagia di bawah rimbunan rahmatNYA. AMIN.)