Dup dap, dup dap.. Semakin hari duk menghitung bila la nak habis sem. Cuak kot bila pikir nak habes study neh. Kerja belambak, novel bertimbun timbun nak kena baca. report banyak yang nak kena siapkan. Tapi at least aku cuba nak happykan diri. Nak enjoy dengan kawan-kawan sementara masih lagi dibumi USM ni. Lepas ni dah nak blah. Tak tergambar rasanya nak idup sorang je lepas grad. sedih, cuak, rindu, idup sensorang, ape kerja la nak dapat kalau pointer seciput. Uish, pikir je terus asa nak meletup ke kapla nih.
Tapi, yang paling penting perasaan bila nak tinggalkan semua kengkawan yang aku paling sayang kat sini.
wajah-wajah happy. seriyes, tak dapat bayang kalau berjauhan dengan korang.
walaupun semua tak de, tapi wakil jela eh. sayang korang semua sampai akhir nyawa aku.
Sungguh, aku rindu. siapa lagi yang lepas ni nak mendengor aku chakap merepek, sapa lagi la lepas ni nak teman aku g layan movie, siapa lagi la lepas ni nak drive aku g jenjalan dikala aku stress. Uish, siriyes tanak pikir. Tapi, sometimes life is short. Nak enjoy, tapi semua macam badmood je memanjang. nak cakap dgn sape pon aku dh keliru. Better-kah aku cakap dengan dinding kat bilik aku je, better-kah aku cakap dengan kerusi meja ni ha? dah semua orang bila aku jumpa semua nak emo-emo. Aku tahu, aku ni jenis yang susah nak sound orang direct, tapi bila sekali oarng layan aku cni, sensitip kot. Perlu ke aku sorang je yang jaga ati korang. Tapi, ape jelah aku tak kesah pon sebab aku sayang korang.
korang sendiri yang cakap:
Live life till the fullest, because you'll never know what will happened tomorrow and the day after.
Entah la, sedih sebab nak tinggal zaman belajor. Bagi aku korang la penghibur, korang la adik beradik aku dalam family lagi satu. Susah senang kita, bergaduh kita, ketawa kita semua aku rekod-kan dalam kotak memori. tersimpan kemas untuk aku ingat bila aku rindu. siriyes. aku sedih. aku dah tak tau nak luah kat mana. sedih weyh, aku harap kita semua happy-happy je. siyesly, aku akan simpan kenangan kita, aku nak cita kat anak-anak cucu aku yang aku dulu ada kengkawan yang paling best dalam dunia.
"kawan yang selalu je bersama tok bila tok susah senang time belajaq dulu. tok sayang depa semua".
hahaha. cam hampeh. tapi tu janji aku korang. tu janji aku.
p/s: menulis pasal termasuk hari ni dah masuk dua kali aku memonteng kelas german. hadoyai. mereng apekah ini. aku kena reject navy dulu, tapi aku tak pernah menyesal sebab pilih army. kerana aku pasti, aku akan menyesal kalau aku stay dalam navy dulu. menyesal sebab tak jumpa korang.